Allah Swt. berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah: 186)
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Allah malu bila ada hamba-Nya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa.”
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu."
Kelentungan - sj genta drpd kayi (digantungkan pd leher lembu atau kerbau) gertuk, kertuk, keruntung.
Genta - alat berongga spt cawan yg dibuat drpd logam dan berbunyi kuat lagi nyaring apabila dipukul; loceng kecil seperti yang dipasang pada leher lembu.
Peribahasa: Di mana kelentungan berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.
Maksudnya; Di mana ada kerajaaan yang baik, di situ rakyat tinggal berbahagia.
Ketika membuka dashboard di blogger.com untuk membuat entry baru blog ini, saya terpandang draf-draf entry yang ada.
Tips cukupkan masa seharian anda
Si Tiga Tahun yang Girang
Kita dan Deria (di bawah label "Rama-rama Syurga")
Apabila saya klik, tajuk yang pertama ada teks satu peranggan, dua entry yang lain masih kosong, tanpa apa-apa ayat walau sepatah pun.
Kita dan Deria... Entry ini mungkin berkaitan kanak-kanak kerana pernah terbaca salah sebuah hadis nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa kanak-kanak adalah rama-rama syurga. Tapi apakah kisahnya?
Kemudian tajuk yang terakhir yang paling konfius, Si Tiga Tahun yang Girang? Tiada sebarang klu dapat difikirkan. Three years of happiness? Bila google seperti tiada apa pun yang berkaitan dengan kisah hidup. Hmm... Apa sebenarnya yang kamu hendak tulis ni Eton?
Adu - bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb. Domba - sj kambing biri-biri di negeri Arab; kibas.
Saksikan video beradu domba di salah sebuah negeri di Tanah Arab (Amaran: Terdapat paparan yang mungkin mengganggu emosi anda).
Mengadu domba - memperlagakan satu pihak supaya bermusuhan-musuhan dgn pihak yg lain. "Salah satu di antara 10 golongan yang dikumpulkan di hari Kiamat kelak ialah mereka yang berwajah kera iaitu orang-orang yang ketika di dunia suka mengadu domba di antara manusia". p/s: kamhar - 1. benang yg dibuat drpd bulu domba, benang bulu; 2. kain yg dibuat drpd benang bulu domba.
Malam tadi sambil melayan mata sebelum terlelap, otak berputar memainkan semula apa yang berlaku sepanjang hari. Bergolek-golek, berguling-guling...
Tiba-tiba encik otak bertanya soalan cepumas kepada cik minda, "Apa bezanya antara memberi penjelasan dan memberi alasan? Kenapa kita lebih mengharapkan orang menberikan penjelasan kepada kita dan bukannya alasan? Bukankah kedua-duanya bermaksud memberitahu sebab atau mempertahankan tindakan kita?"
Cik minda tersentak, "Oh hoi! Tricky questions!"
Kata seorang puan koordinator, memberi penjelasan itu lebih sopan daripada memberi alasan. Hmm...
Nampaknya perlu cari maklumat yang lebih lanjut. Maka, bila sahaja kita ada akses internet, pergunakan ia!
Penjelasan: 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian; 2. penyelesaian.
Alasan: 1. asas, dasar; 2. sebab; 3. yang dijadikan sebagai alas/lapik.
Kedua; Tanya Pokcik Google.
Memberi penjelasan bermakna memberi keterangan yang lengkap dan difahami oleh khalayak.
Memberi alasan bermakna ???
Ketiga; Tanya Pokcik Google in English "difference between explain and excuse".
Hasil carian banyak membawa kepada perbincangan mengenai nilai tanggungjawab semasa memberitahu sebab/tindakan.
Juga membincangkan "difference between a reason and an excuse". Jadi dalam konteks ini ia melibatkan perbincangan di antara sebab vs alasan.
Dai Qian memberikan penjelasan yang ringkas dan menarik berkaitan sebab vs alasan ini dalam blog beliau.
Tak tahu menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. A bad workman always blames his tools.
It is easier to find an excuse than to find a reason. ~ Doug Brown An excuse is a skin of a reason stuffed with a lie. ~ Billy Sunday
Jika hanya merujuk kepada kata akar di atas, saya simpulkan seperti ini: memberi penjelasan bermaksud menjelaskan yang kabur, menerangkan yang kelam, menghuraikan yang simpul. Memberi alasan pula bermaksud menutup yang kabur, memadam yang kelam dan menyorokkan yang simpul...setuju? Ada sesiapa boleh berkongsi pendapat yang lebih sesuai? Please..anyone??
Kalau tuan mudik ke hulu,
Petikkan saya bunga seroja;
Kalau tuan mati dahulu,
Tunggu saya di pintu syurga.
Waduh-waduh...Setelah 32 tahun, baru saya tahu bunga seroja ialah waterlily. Malahan nama lainnya ialah bunga telepok atau bunga padma (rujuk Kamus Dewan). (Perhatian: bunga padma dan bunga pakma (rafflesia) pula adalah dua spesies bunga yang berbeza. Jangan keliru seperti yang berlaku pada saya sebentar tadi). Masih kurang lagi ilmu tumbuh-tumbuhan saya ini. Selama ini, asal tengok tumbuhan yang berdaun bulat dan berbunga kembang di permukaan air namanya teratai, tidak peduli pun bentuk dan warnanya. Bila dah tahu ni barulah diselidik-selidik dalam internet.
Rupanya teratai dan seroja dua spesies tumbuhan berbeza. Teratai (lotus) hanya terdiri dari dua spesies sahaja manakala seroja (waterlily) hampir 70 spesies. Bila sudah tahu, barulah perasan bahawa teratai yang pernah ditemui setakat ini hanya satu jenis sahaja, iaitu teratai warna merah jambu yang banyak tumbuh di dalam lombong-lombong tinggal di sekitar daerah Kinta (Batu Gajah, Tanjung Tualang, Tronoh, Kampar). Salah satu ciri yang membezakan di antara dua bunga yang sama tak serupa ini ialah bunga teratai timbul/menjulang keluar dari dalam air manakala seroja pula bunganya terapung di permukaan air. Oleh itu, ada bunga teratai yang berkembang lebih tinggi dari permukaan air dan kadang kala daunnya juga tumbuh di atas permukaan air kolam/lombong. Jika diperhatikan, bentuk bunga teratai yang mekar adalah umpama sebuah mahkota manakala kelopak seroja yang kembang pula kelihatan seperti sebuah bintang.
Seroja adalah sejenis bunga yang terdiri dari pelbagai warna. Antara warna bunga seroja yang pernah saya temui ialah berwarna putih, biru, merah jambu, kuning. Jika teratai dianggap bunga suci bagi penganut Buddha, seroja biru pula dianggap sebagai bunga suci pada zaman Mesir purba. Ini menyebabkan bunga seroja biru banyak ditanam di sekitar kuil-kuil Mesir purba. Malahan ditemui juga ukiran hiroglif dengan motif bunga seroja biru pada tiang-tiang kuil mereka. Kudup bunga seroja akan berputik di dalam air dan pabila kembang ia akan timbul dan terapung di permukaan air.
Satu penemuan yang menarik berkaitan teratai dan seroja ini, ia hanya tumbuh di tempat yang tanahnya subur dan airnya bersih dari sebarang pencemaran. Jika diterjemahkan dalam bahasa sains bermaksud kadar keterlarutan oksigen dalam air adalah tinggi. Maka tumbuhan air ini boleh dijadikan penentu/pengukur tahap pencemaran di sesebuah tasik/kolam.
Salah satu spesies seroja yang terkenal di dunia ialah Victoria Amazonica, seroja gergasi yang hidup subur di hutan hujan Amazon. Daunnya yang lebar boleh membesar sehingga 3 meter lebar dengan batangnya yang tenggelam di dalam air boleh tumbuh sepanjang 7-8 meter.
Allah memberikan kesempatan untuk kita menyaksikan habitat dan proses perkembangan tumbuhan menakjubkan ini menerusi dokumentari yang dirakam oleh David Attenborough seperti yang dipaparkan dalam video di bawah.
Keindahan bunga seroja sering diterjemahkan dalam bentuk kesenian samada puisi, seni lukisan, seni ukiran, lagu, seni arca dan sebagainya. Malah motif seroja turut ditemui diterapkan dalam pelbagai hiasan seharian seperti ukiran awan larat di sekitar rumah dan perabot kayu, ukiran kristal dan hiasan pinggan mangkuk.
Lagu Seroja yang didendangkan oleh S. Effendi pada tahun 70an antara apresiasi estetik bunga seroja yang popular. Lagu ini banyak didendangkan semula, antaranya oleh kumpulan nasyid Al-Jawaher, Jamal Abdillah, Mawi dan juga dibawakan oleh watak Mahar dalam filem hebat, Laskar Pelangi.
~Seroja~ Mari menyusun seroja Bunga seroja ah... ah... Hiasan sanggul remaja Puteri remaja ah... ah... Rupa yang elok Di manja jangan dimanja ah... ah... Puja lah ia oh saja Sekadar saja Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung Janganlah engkau percaya dengan asmara Janganlah engkau percaya dengan asmara Sekarang bukan bermenung zaman bermenung Sekarang bukan bermenung zaman bermenung Mari bersama oh adik memetik bunga Mari bersama oh adik memetik bunga Mari menyusun seroja Bunga seroja ah... ah... Hiasan sanggul remaja Puteri remaja ah... ah...
Sebelum mengakhiri entry ini, saya ingin berkongsi sebuah artikel yang membuka satu sudut lain pandangan saya tentang teratai. Namun atas kekurangan ilmu tentang perkara ini, tidak wajar rasanya untuk saya ulas. Sila klik di sini untuk membacanya.